Wednesday 29 May 2013

Ehem.. Hai !

Assalamualaikum ! Fuh fuh fuuuuhhhhhhhh !! Dush dush dush ! Huh ! 

And hai ! Nak cakap apa eh? Huh... Erm, k let me start

Actually tak tahu nak cakap hape sebab blog ni dah berhabuk, bersarang labah-labah and dah nak reput dah pun.. Lama gegilo aku tak update.. Banyak gila post tertunggak kat draft tuu.. Banyak sangat benda nak cerita sampai aku tak tahu nak cakap pasal apa.. Hew hew

First of all, let me tell you that I already in my last year at school ! I'm gonna sit for my SPM in this becoming November ! Oh gosh ! Sangat-sangat lah tak ready okaayyyy.. hahaha.. And yeayh, I'm now one of the Samurian and ex-Tun Mamat'ian.. Miss Tun Mamat? Of course I do.. In fact, I miss my old school a lot kayy.. But, I started to love Samura too.. Huuu, I love my school, classmates and dormates.. 

Seyes aku tak tahu nak tulis apo.. Oh yeayh, just got an idea.. Haritu aku gi Kem Easymaths at UKM, Bangi.. And you know what? I saw this one guy wearing MCKK's t-shirt.. Pergh, nyirap jee.. Perlu ke capup sampai macam tu? Puihhh, poyos je lebih.. Budak mrsm langkawi tu lagi ohsem pun tak capup nama sekolah.. Lol ! And lagi satu benda, aku terjumpa sorang mamat cina kat sana.. And yes, I'm still interested with hoy chinese guys.. Oh mai god ! Comel gila weh muka dia, ala-ala Lee Gi Kwang gituu.. eh? ehtahlah, aku merepek je ni.. lalalalalaa

Lagi lagi? Hmmmm, nak merungut sikit.. Cuti sepatutnya 2 minggu.. Tapi disebabkan cikgu-cikgu saya sangat rajin maka cuti telah pun dipotong menjadi seminggu.. So, I'm gonna back to hostel on this 3 June.. Macam shit pon ada.. Oppss, carut sudaaa.. ahahaa... Tapi demi abang espiyem terchenta, ku kuatkan jiwa dan ragaku.. Haih, macam tak sempat je nak hang out dengan budak-budak ni.. By the way, esok gua nak datang Tun Mamat.. Saje je creat scene datang masa dorang tengah tusyen.. Lalalalaa.. Boleh tumpang sekaki, tusyen sekali.. Ahakss

Hari tu kan, 26-28 April aku join program Jom Masuk Kampung dekat Felda Redong, Segamat.. Best lah jugak.. Kira one of the sweet memories dekat samura.. ahhaha.. Syok gila dapat main kat ladang kepala sawit... Rosak pokok tuu.. Parents angkat aku baik gila.. Masa tengah makan tengah hari, kitorang berbual-bual.. Then, termasuk bab makanan.. Aku cakap ayam masak cili api best.. Tup tup esok lunch tengok mak masak ayam masak cili api.. terharu aku weh ! Rasa macam nak leleh jee.. Hohoo.. Well, ai kan hati lembut :P Here, some of the pictures..

We are ready !



Girls~

Jerit je keje sebab eksited.. ahha

With our adopted families

First time gua main bola tampar.. Sakai :P

Why you no smile teacher? Macam nak gaduh je .. :P

Here, SAMURA's two YB ! :P

Betapa ketidak'ready'an aku

Me <3 *gua tahu gua cun :P *
Gambar dengan family angkat aku tarak sebab kawan aku tak upload lagi.. Well, aku tak bawak camera.. Sobs :'(

 Nak cakap apa lagi ek? LOL, kbyeee... Sayang semuaaa <3 ! 

p/s: jap nak letak gambar perasan  :P

Jubah raya dah jadi jubah prep+DM.. bhahaha
 

Wednesday 7 November 2012

Assalamualaikum peeps.. :)

Malam ni kita jadi jiwang sikit eh? Haha.. Aku nak confess this one thing.. It's not a big confession pon.. Sebab orang tu tak tahu dan kemungkinan dia nak baca karangan aku yang tak nak tip top sangat ni ialah 0.0000001 % sahaja.. Tapi itu yang best sebab aku tak payah nak blushing bagai bila jumpa dia sebab memang tak akan jumpa.. Kemungkinan nak jumpa ialah 0.0000000000000001 %.. Kih kih kih.. 

Ada banyak benda nak confess ni.. Hoho.. 

Confession yang first :-


Confession yang second :-


Confession yang third.. Maybe some of you terkejut.. Wanna say that physically yes, I'm single but mentally and emotionally aku pon tak tahu.. Apa yang saya tahu, ni yang saya rasa dekat awak.. :)


Saya harap awak kuat, kuat macam dulu.. Berjaya jadi seorang daie yang berjihad demi Islam.. Even orang yang awak sayang dah pergi, tapi ingatlah yang masih ada orang yang sayang awak.. In fact, saya rasa ramai.. :P I can't say that I really know you but I know you're not someone who give up easily.. All the best for your exam.. Good luck on your journey.. May Allah bless you :)



Another quotes for you ;)


Hope too see you.. I want to know you better.. Insya-Allah :)



p/s: entry pasal asrama dah siap separuh.. insya-Allah kalau rajin aku siapkan secepat mungkin.. :P

Sunday 4 November 2012

It's Already "SEPURNAMA"

Assalamualaikum guys.. How have you been all this while? I hope everyone in good condition.. There's lots of story that I wanna share with you.. Huuu~~

Al-kisahnya bermula pada hari khamis tanggal 23/8/2012 bila sahabat aku bernama Syahirah Suhaile tetibe call aku cakap dia dapat surat.. And surat from SERI PADUKA BAGINDA which is offer letter to SBP.. She got SM Sains Muar (SAMURA).. Aku pun macam, "Syera dah dapat surat.. aku bile lagi?" haha.. Tipu ah kan tak jealous.. Tapi aku lek je ah.. Takde lah gelabah.. Doa tu senjata orang mukmin.. Mungkin Allah saja nak test aku.. 

Start hari Khamis tu lah start konflik si Syera ni.. Parents dia tak bagi pergi.. Memang keje menangis je lah.. Aku pon sama nangis sebab tak dapat offer.. hahaha.. Benda ni melarat sampai hari Sabtu.. Masa aku tengah lena diulit mimpi indah, tetibe akak aku masuk bilik cakap aku dapat offer gi SBP.. Baru bangun tido , so paham-paham lah kan.. Memang blurr habis.. Aku bukak surat tu, and I got SAMURA too.. Masa tu, jujur aku cakap, aku tak rasa apa-apa.. Feelingless.. Petang tu aku gi rumah Syera, pujuk mak dia sume.. Conflict jugak masa tu.. Parents dia cakap, sayang nak tinggalkan arab.. Mak aku pon sama.. Then, bermula lah kisah perdebatan.. Aku pon cakap lah kat SBP macam-macam kitorang boleh dapat.. Insya-Allah kalau ada rezeki, boleh dapat fast-tract.. Dekat sekolah harian ni susah sikit, aku tahu... Bla bla bla.. 

After doa, istikharah semua, kami dengan sebulat suara buat keputusan untuk pindah ke SAMURA.. Sape cakap aku happy gegila? Happy memang happy, tapi sangat sedih.. Malam last aku dekat sini, Ustaz Radizal buat marhaban dekat rumah dia.. Dia ajak budak form 4 yang duduk asrama and budak 4KAA.. Aku datang.. And guess what? Awal-awal lagi aku dah nangis.. Tengok muka ustaz and dengar dia cakap aku dah nangis.. Tak start selwat lagi.. Masa selawat tu, memang aku nangis gila-gila.. Baru aku sedar yang aku sayang gila dekat Tun Mamat.. Yang aku sayang gila dekat KAA.. Dulu kutuk-kutuk tapi sekarang dah rinduu... Tun Mamat banyak ajar akuu.. I miss everything in Tun Mamat.. :')

Nampak tak aku nanguis? Hidung Lina dah merahh.. Hoho

Memory at USIM.. :')

Dekat UTM.. We're happy :D

Karnival Kimia Johor :)


My life in SAMURA? Oklah, not that bad.. Biasa lah, budak baru masuk memang kena kutuk kan? Aku paham.. Tapi dah ok lah.. CIkgu-cikgu pon okay.. In fact, cikgu SAMURA kenal cikgu Tun Mamat.. Cikgu Addmath aku kenal Cikgu Sharifah Habibah.. Cikgu Sejarah aku pulak siap bukak Hikayat Tun Mamat.. From Zaman Renaissance tetibe masuk Hikayat Tun Mamat.. Hahaha.. Pelik cikgu ni.. Benda yang tak dapat dinafikan dekat sini ialah HOMEWORK!!!! Memang stress buat homework yang berlambak and orang sekeliling sume budak pandai.. Budak hell tapi jawab Addmath kacang je.. Dah lah soalan sini susah nak mati.. Macam nak terkeluar otak aku jawab soalan sini... -.-

Conclusion, aku okay je hidup kat SAMURA ni.. Tapi banyak gila cabaran yang aku kena hadap in order to success.. Dekat mana-mana pun, challenge is still there.. And aku ada benda nak cakap dekat budak Tun Mamat: 


 AKU SAYANG AND RINDU KORANG GILA-GILA !!
 FORGET YOU IS JUST IMPOSSIBLE !! 
 TOLONG JANGAN LUPAKAN AKUUUU~~ :')

 WE LOVE SMKTM <3 

p/s: post ni sebenarnya dah compost sebulan lepas.. tapi tak siap.. ni kira aku sambung lahh.. aku cite pengalaman selama sebulan dulu.. esok-esok aku cite about another one month.. hoho 

Sunday 19 August 2012

HAPPY EID MUBARAK ! :D

Assalamualaikum..

Ramadhan dah tinggalkan kita.. admit that aku sedih.. sedih sangat.. sebab perginya Ramadhan membawa banyak kenangan dalam hidup aku.. Ramadhan such a wonderful, meaningful month for me.. banyak benda yang aku lalui, hanya Ramadhan peneman aku.. I'm gonna miss you much :')


Nabi cakap malam raya kita patut bersedih sebab Ramadhan dah tinggalkan kita tapi pagi 1 Syawal kita kena ceria untuk sambut tetamu kita ; Syawal.. Syawal membawa maksud umat Islam dah capai kemenangan after sebulan berpuasa.. 

Dengan kesempatan yang ada ni, i would like to wish you all HAPPY EID MUBARAK, wishing you and loved ones a blessed Eid! :) Also, aku nak minta maaf.. I know I'm not a good girl, daughter, sister and friend.. But believe me that I love all of you from bottom of my heart.. ;)


P/S : exam haritu macam susah beb !

Sunday 12 August 2012

Memory :)

Assalamualaikum ! ;)

Tiba-tiba pepagi buta ni aku rajin nak update blog. Dah pukul 1.30 dah ni tapi ________ . *paham2 je lah* Haha.. Ok, pagi ni aku malas nak tulis panjang-panjang, just nak letak pictures je kot.. Ye lah, sesuai dengan tajuk post ni "MEMORY :)".. 

MASA AMIK RESULT MIDTERM LAST YEAR ;)    
JAMUAN AKHIR TAHUN 3KAA



FOREVER BEST FRIENDS :')
YEAYH ! WE GOT IT !!
3KAA.. I MISS YOU :')
LAST DAY BIHA AT SMKTM.. *banyak gila nangis*


LAST PICTURE WITH IFFAH :) *akim interframe -.-*


GAMBAR LAST DENGAN AKIM.. kot? haha


30/1/2012... GAMBAR LAST KITA BEREMPAT.. BESTFRIENDS FOREVER~~


kui kui.. masa practise drama english.. lots of fun :D


makeup masa hari bertanding


4KAA AND CIKGU AMALINA.. WE MISS YOU <3



Thanks for reading.. reading ke? hahaa.. whateverlah.. yang pasti hari isnin ni ada test.. aku tak baca buku lagi.. dah lah satu hari 4 subjek.. lantak lah, memang test kali ni aku malas nak buat betul-betul.. takde mood nak baca buku sebab banyak sangat masalah yang berselirat kat kepala aku ni.. lagi dah nak dekat raya.. memang tak lah aku baca buku :P

p/s : maaf gambar macam terabur sikit.. maklumlah, dah pagi :P

Wednesday 8 August 2012

Jugemental

Assalamualaikum.. :)

Before aku start cerita dengan lebih panjang, rasanya sempat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam.. Maaf lambat ucap sebab manusia yang bergelar Nabilah ni memang ada penyakit yang dinamakan "sindrom malas". Haha

Okay, first of all I would like to apologise to all of you out there. *pergh ayat macam nak buat essay English.. haha* Sempena bulan Ramadhan ni, kalau maafkan orang pahala berganda-ganda so rebutlah peluang ni.. Mana tahu post2 before this ada terguris hati korang. Bukan kat blog je but also dekat twitter and facebook. Sekali lagi maaf dipinta.

Dah, straight to the point.. Last week and this week, serious banyak benda yang tak dijangka berlaku dalam hidup kami.. Kami? Yes, kami.. Pelajar 4KAA di SMK Tun Mamat.. Macam-macamlah and I'm very sure that korang yang menuntut ilmu *ceh ayat nak skema* dekat SMKTM tu dah tahu pon pasal benda ni. Aku pon taknak cakap terang-terang, kang tak memasal kecoh satu sekolah cakap aku kutuk sekolah.. Then, bila ustaz tahu, ustaz pon mula lah cakap budak KAA macam ni lah, macam tu lah.. Bla bla bla.. Malas nak layan

Aku nak tekankan dekat sini, JANGAN DISEBABKAN SATU KESALAHAN, ORANG ITU PERLU DIHUKUM SELAMANYA ! Aku paling pantang dengan manusia-manusia yang prejudis ni.. Lagi-lagi mereka yang suka kait-mengaitkan kesalahan seseorang itu kepada mereka yang rapat dengannya even orang yang rapat dengan dia tu tak tahu apa-apa pun.. Kenapa perlu macam tu? Then, bila ada orang buat salah, mula lah nak jaja cerita dekat semua orang.. Konon, alasan nak suruh orang lain buat pengajaran tapi hakikatnya, bukan buat pengajaran tapi orang lain semua dok tambah dosa kering sebab mengumpat belakang! Dengan yang tukang cerita sekali dapat dosa sebab mengumpat sama.. Dan disebabkan cerita dia tu, ada orang yang salah faham dan menyebabkan fitnah tersebar.. Mereka-mereka yang tak bersalah tiba-tiba difitnah.. Do you realise what are you doing? Dah lah bulan puasa, sempat lagi nak fitnah-fitnah orang =.=

Lagi, yang aku tak puas hati.. Kenapa kalau dapat laporan/aduan from satu pihak terus nak hukum pihak yang lagi satu? Dah tu, hukum bukan hukum depan-depan tapi hukum dengan memalukan pihak itu dengan cara menyebarkan kesalahan dia.. Tu ke cara yang nabi kita ajar? Hmm?! Nabi ajar, dengar dulu penjelasan dari dua-dua pihak.. Dan kalau pihak yang bersalah dah mengaku kesalahan dia dan minta maaf, kenap benda ni perlu diperbesarkan? Kalau pon nak jadikan pengajaran, takperlu lah nak mention nama, kelas, aliran, form bagai.. Tu dah mengaibkan namanya.. 

Ya, aku mengaku aku ni muda lagi.. Umur baru setahun jagung.. Tapi ni tak bermakna yang suara budak sekolah macam aku ni doesn't mean anything ! Hei, satu hari nanti negara Malaysia akan diterajui oleh kami, budak sekolah ni jugak.. So, kalau dah dari muda kitorang dapat didikan macam ni, what do you expect the nation to be in 20 years more? Negara maju yang dihormati orang ? Negara Islam yang digeruni dan dikagumi ? Negara yang mengamalkan keadilan ynag hakiki ? Think first lah...

Dah ah, malas nak tulis panjang-panjang.. Kang esok pergi sekolah kena masuk BILIK RAWATAN SAHSIAH.. Pastu kene merit 100 markah.. Then, kena buang sekolah.. nanti masa interview scholarship interviewer tu tanya, "Awak kena buang sekolah kenapa?" aku jawab, "Saya kena buang sekolah sebab menyuarakan ketidakpuasan hati dalam blog. Cikgu baca blog saya dan saya kena buang sekolah.. Padahal, dalam entri tu saya tak ada pon maki/caci sekolah.. Saya gunakan bahasa yang amat sopan.. Kalau encik tak percaya, encik boleh baca blog saya.."  Miahaha.. Kau nampak tak yang betapa stress nya aku duduk kat sekolah ni? Orang lain buat salah, aku pon kena tempias sekali.. Bukan sekali tapi berkali-kali.. Padahal aku tak tahu pon orang tu buat salah sebab aku tido sepanjang malam.. Bengang tahu tak?




Sunday 10 June 2012

HALLO !

Assalamulaikum !!!! Aaarrghhhh ! Lama gila aku tak update blog ! Sebab utama ialah kerana sifat kemalasan yang meninggi dalam diri aku ni hah ! Konon hari tu before cuti sekolah cakap nak update banyak2 tapi last2 esok nak sekolah baru nak update.. Apa lah nak jadi dengan aku ni.. Hahaha..

Activity masa cuti? Wa cakap sama lu, lu tak kan percaya punyaaa ! Haha.. Cuti 2 minggu aku habiskan dengan enjoy semata-mata tanpa buat homework langsung ! Gila taaakk? Aku ulang-alik gi KL sebab abang sedara aku nak kawin.. Memang busy lah kan, tapi aku tak kesah sebab aku lagi suka busy macam tu dari busy dekat sekolah ! Hahaha.. Memang malas seh nak gi sekolah.. Sobss :'( 

Baju pengantin cantik ;)

Add caption


Selama cuti ni aku makan, tido, tengok movie.. Tu je lah.. Dengan tolong mak aku SIKIT-SIKIT ! Nampak tak disitu betapa malas nye aku? Budak laki pon kalah dengan aku.. Bukan nak bangga pon tapi nak suruh korang tolong doakan supaya aku ni berubah jadi perempuan melayu terakhir.. Ahaa.. And macam biasa lah kan, kalau dah tengok movie memang tak tido malam lah.. Aku memang tido pukul 5 pagi je selama cuti nih.. Paling awal pukul 3.30 pagi.. Ada lah satu malam tu aku tido pukul 12.30.. SATU MALAM ! Tu pon sebab ayah aku paksa tido awal, kalau tak jangan harap lahh.. Wahaha.. And kalau dah tido lambat mesti lah bangun lambat kan? Kan? Pada aku biasa je bangujn pukul 12, 1, 2 petang tuu.. Tak tahu lah korang-korang nih..

Esok dah sekolah.. Homework tak siap lagi.. Malas gilaaaaa !!! Kenapa cuti sekejap sangat ni? Aku tak puas lagi ok ! Aaaarrrghhhh !! Tak suka dengar cikgu bebel kat assembly.. Ust marah marah kat surau.. Stress tahu tak?! Abang aku kawin pakai inai, aku pon join sekali.. Dah lah pakai sepuluh jari.. Ada je kang kalau Husin nampak dia bebel.. Hahahaaa.. Lantak kau lah Husin, ayah aku pon tak marah yang kau nak marah tu pehal? :PPPP 
Conclusion: SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH ESOK !

 p/s : tadi aku cakap dengan mak aku, aku tak suka sekolah.. Mak aku jawab "Tak nak sekolah pegi kawin".. Hahaaa.. Nak kawin macam mana,boipren pon tarak.. SOBSSS