Assalamualaikum.. :)
Before aku start cerita dengan lebih panjang, rasanya sempat lagi nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua umat Islam.. Maaf lambat ucap sebab manusia yang bergelar Nabilah ni memang ada penyakit yang dinamakan "sindrom malas". Haha
Okay, first of all I would like to apologise to all of you out there. *pergh ayat macam nak buat essay English.. haha* Sempena bulan Ramadhan ni, kalau maafkan orang pahala berganda-ganda so rebutlah peluang ni.. Mana tahu post2 before this ada terguris hati korang. Bukan kat blog je but also dekat twitter and facebook. Sekali lagi maaf dipinta.
Dah, straight to the point.. Last week and this week, serious banyak benda yang tak dijangka berlaku dalam hidup kami.. Kami? Yes, kami.. Pelajar 4KAA di SMK Tun Mamat.. Macam-macamlah and I'm very sure that korang yang menuntut ilmu *ceh ayat nak skema* dekat SMKTM tu dah tahu pon pasal benda ni. Aku pon taknak cakap terang-terang, kang tak memasal kecoh satu sekolah cakap aku kutuk sekolah.. Then, bila ustaz tahu, ustaz pon mula lah cakap budak KAA macam ni lah, macam tu lah.. Bla bla bla.. Malas nak layan
Aku nak tekankan dekat sini, JANGAN DISEBABKAN SATU KESALAHAN, ORANG ITU PERLU DIHUKUM SELAMANYA ! Aku paling pantang dengan manusia-manusia yang prejudis ni.. Lagi-lagi mereka yang suka kait-mengaitkan kesalahan seseorang itu kepada mereka yang rapat dengannya even orang yang rapat dengan dia tu tak tahu apa-apa pun.. Kenapa perlu macam tu? Then, bila ada orang buat salah, mula lah nak jaja cerita dekat semua orang.. Konon, alasan nak suruh orang lain buat pengajaran tapi hakikatnya, bukan buat pengajaran tapi orang lain semua dok tambah dosa kering sebab mengumpat belakang! Dengan yang tukang cerita sekali dapat dosa sebab mengumpat sama.. Dan disebabkan cerita dia tu, ada orang yang salah faham dan menyebabkan fitnah tersebar.. Mereka-mereka yang tak bersalah tiba-tiba difitnah.. Do you realise what are you doing? Dah lah bulan puasa, sempat lagi nak fitnah-fitnah orang =.=
Lagi, yang aku tak puas hati.. Kenapa kalau dapat laporan/aduan from satu pihak terus nak hukum pihak yang lagi satu? Dah tu, hukum bukan hukum depan-depan tapi hukum dengan memalukan pihak itu dengan cara menyebarkan kesalahan dia.. Tu ke cara yang nabi kita ajar? Hmm?! Nabi ajar, dengar dulu penjelasan dari dua-dua pihak.. Dan kalau pihak yang bersalah dah mengaku kesalahan dia dan minta maaf, kenap benda ni perlu diperbesarkan? Kalau pon nak jadikan pengajaran, takperlu lah nak mention nama, kelas, aliran, form bagai.. Tu dah mengaibkan namanya..
Ya, aku mengaku aku ni muda lagi.. Umur baru setahun jagung.. Tapi ni tak bermakna yang suara budak sekolah macam aku ni doesn't mean anything ! Hei, satu hari nanti negara Malaysia akan diterajui oleh kami, budak sekolah ni jugak.. So, kalau dah dari muda kitorang dapat didikan macam ni, what do you expect the nation to be in 20 years more? Negara maju yang dihormati orang ? Negara Islam yang digeruni dan dikagumi ? Negara yang mengamalkan keadilan ynag hakiki ? Think first lah...
Dah ah, malas nak tulis panjang-panjang.. Kang esok pergi sekolah kena masuk BILIK RAWATAN SAHSIAH.. Pastu kene merit 100 markah.. Then, kena buang sekolah.. nanti masa interview scholarship interviewer tu tanya, "Awak kena buang sekolah kenapa?" aku jawab, "Saya kena buang sekolah sebab menyuarakan ketidakpuasan hati dalam blog. Cikgu baca blog saya dan saya kena buang sekolah.. Padahal, dalam entri tu saya tak ada pon maki/caci sekolah.. Saya gunakan bahasa yang amat sopan.. Kalau encik tak percaya, encik boleh baca blog saya.." Miahaha.. Kau nampak tak yang betapa stress nya aku duduk kat sekolah ni? Orang lain buat salah, aku pon kena tempias sekali.. Bukan sekali tapi berkali-kali.. Padahal aku tak tahu pon orang tu buat salah sebab aku tido sepanjang malam.. Bengang tahu tak?
No comments:
Post a Comment